|
|
Skrol ke bawah
|
|
|
Sejak tahun 1955 Cannon membaktikan dirinya dalam menghasilkan “The Best Bar – Bar None!”®. Objektif kami ialah menyediakan batang pandu berkualiti tertinggi pada harga yang paling berpatutan untuk para profesional. Setiap batang Cannon dibuat dengan tangan satu demi satu oleh pekedai mahir bagi memastikan produk kami mempunyai kualiti cemerlang yang biasanya tahan tiga kali lebih lama berbanding produk pesaing yang dibuat oleh mesin. Keluli gred tinggi dan rel dibaja api menyumbang kepada kekuatan dan ketahanan, sementara alur tapak yang tepat dan relnya yang bersegi sempurna menyumbang kepada potongan yang lebih licin dan lurus… Cannon Superbars - Batang gergaji rantai kualiti profesional ini sangat sesuai untuk mengambung, menjatuhkan, memangkas, memotong kayu api dan banyak lagi. Panjang standard yang ada adalah daripada 16” hingga 84”, namun, panjang ekstra... Cannon Carving bars - Batang kecil ini mempunyai hidung kobalt padu dan direka khas untuk mengukir dan mengarca kayu. Kami ada menawarkan empat saiz hidung yang berbeza dan tersedia daripada 8” hingga 20”... Cannon Supermini bars – Dengan profil yang tidak lebar dan hidung gegancu mini boleh tukar ganti, batang kecil ini amat sesuai untuk arborikultur, pakar penjaga pokok dan pembinaan rumah balak... Cannon Sawmilling bars – Batang berkualiti profesional untuk aplikasi pengilangan papan dan bidur. Ini tersedia dalam pelbagai gaya, sama ada versi hujung tunggal atau hujung kembar. Tersedia dalam pelbagai kepanjangan untuk digunakan dengan gergaji rantai juga sistem hidraulik atau elektrik... Kami juga mengilang batang pandu untuk penuai, penebas, gergaji api, gergaji kolam, gergaji dek, pertandingan dan banyak lagi!!! Hari ini, para profesional di seluruh dunia menggunakan batang Cannon untuk menyiapkan kerja mereka!! Kami menjemput anda untuk mengunjungi laman web kami untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang batang gergaji rantai kami. Apabila anda melawat laman web kami, semua isi kandungannya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, semua urusan surat-menyurat juga perlu dibuat dalam Bahasa Inggeris. Sila klik di sini untuk melawat laman web kami! |
||
|
|
||
Muat Turun Harga Runcit DI SINI
|
||
|
|
||
ke atas^ |
||



